17 July 2012

Datang awal hari nie??.....

salam morning u olllsss...




hihihi..apa dah jadi nie?? ako dtg keje awal?? urmmm.. cam x caya je kan....adakah ako dah dapat syafaat atas kesalahan dan sering kelewatan sampai ke opis..OMG!!...hihi...hari ni aku sampai opis jam 830pagi (time keje 900pagi)..siap cheff kat tempat keje aku tegur "hai..awal dtg keje hri ni.." tanpa bersalah dan rasa ragu2 aku pun mnjawab "mestilah...nak jdi pekerja contoh kna la dtg awal.." *walhal dh diarah dgn bos weyy* ^__^ hahahaha....sebab itu lah ako sampai awal hari ni....begik2 aku pn kalo bos dh bgi arahan aku patuhhh je....

okey la..tue je nk entry kan..gamaknya macam teruja je dapat hadirkan diri dalam waktu yg ditetapkan...challoooo..bye..bye...


16 July 2012

Masterchef Selebriti ~ Dato' Fazley juara pertama...


TAHNIAH!!! untuk juara MasterChef Selebriti Malaysia jatuh kepadaaaa.....Dato' Fazley Yakob..hahhaha...aku dah hagak dah confirm Dato' Fazley punyer yg menang.....


Juara MasterChef  selebriti musim pertama
Dato' Fazley telah mengalahkan pesaingnya iaitu Angah (pelawak). Dato' Fazley telah berjaya mengumpul wang sumbangan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Persatuan Jantung Malaysia sebanyak RM 57000,500.00

ditewaskan oleh pesaingnya iaitu Dato' Fazley
Angah telah mempersembahkan tema masakan ala2 Asia, manakala Dato' Fazley dengan tema masakan Baratnya...kedua-duanya hebat namun kemenangan menyebelahi Dato' Fazley Tahniah sekali lagi aku ucapkan....



L.D.L nak cakap : pas nie tunggu Masterchef musim ke-2 plak O_0

31 March 2009

PENGERTIAN GRAFIK, VIDEO DAN AUDIO

Pengertian Grafik.

Grafik menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sesuatu perkara yang berkaitan dengan lukisan atau ukiran.
Dalam mempelajari subjek media integratif elemen grafik sangat penting. ini kerana ia berfungsi bagi memberi maksud atau menyampaikan maklumat dalam bentuk gambar, lukisan klip dan lukisan garisan.

Grafik juga dapat membantu dalam menambah kefahaman bagi sesuatu mesej yang menggunakan teks, apabila teks dan grafik bergabung dalam penyampaian mesej akan menjadi lebih jelas lagi.

Grafik juga terdapat dua jenis iaitu imej Vektor dan Bitmap. Imej Vektor ialah objek yang terbentuk hasil daripada kaedah bagaimana objek itu dibentuk atau dilukis. ia juga mudah untuk diubahsuai dan dimanipulasikan. ia juga tidak memerluka ruang storan yang besar untuk menyimpan imej vektor ini ke dalam fail.

Contoh imej vektor:





Seterusnya, imej Bitmap ialah hasil daripada pembentukan jumlah pixel-pixel yang disusun dalam matrik mudah, manakala setiap satu set bit-bit menyatakan warna dan keamatannya.

Apabila resolusi imej Bitmap sangat tinggi maka saiz failnya juga akan bertambah besar. Imej Bitmap ini juga mempunyai kelebihan tersendiri iaitu mampu menyimpan sejumlah besar maklumat mengenai imej tersebut, warna juga boleh ditukar pada setiap pixel yang ada pada imej Bitmap. Namun terdapat juga kekurangan pada imej Bitmap iaitu, semasa proses pengecilan atau pembesaran saiz gambar akan menjadi kabur, bergerigi, dan tidak menarik.

Contoh imej Bitmap:





Secara kesimpulannya, grafik sangat penting dalam menambah kefaham mesej yang cuba di sampaikan kepada khalayak ia juga dapat menarik perhatian pengguna dalam sesuatu maklumat yang di sampaikan kepada mereka.



PENGERTIAN AUDIO

Seterusnya saya ingin menjelaskan tentang apa itu audio. Apa yang saya faham sepanjang pembelajaran yang saya terima semasa kuliah dijalankan, audio ialah satu sistem yang dapat menghasilkan bunyi, daripada analog kepada digital.

Apa yang dikatakan analog ialah bunyi yang ingin direkodkan menggunakan mikrofon dan akan ditukar menjadi digital setelah direkodkan menggunakan beberapa jenis "software". Semasa proses merekod bunyi perlu menekankan beberapa aspek penting bagi menghasilkan bunyi yang sesuai dan sedap dengan penggunaan yang sesuai.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan kualiti bunyi yang baik ialah kadar sampel (sample rate) di mana semakin tinggi kadar sampel itu, maka semakin tinggi kualiti audio itu. Kebiasaannya kadar sampel diukur dalam unit Hertz (Hz).

Faktor kedua ialah, saiz sampel iaitu berkaitan dengan bilangan bit yang digunakan bagi menyimpan maklumat mengenai audio itu. Terdapat dua jenis sampel yang digunakan iaitu 8 bit atau 16 bit. Audio yang dirakamkan menggunakan saiz 16 bit lebih jelas berbanding saiz 8 bit.

Faktor ketiga ialah, saluran yang digunakan juga perlu dititik beratkan supaya hasil bunyi yang lebih berkualiti. Terdapat dua jenis saluran iaitu saluran 1 dikenali sebagai mono dan saluran 2 dikenali sebagai stereo. Saluran stereo akan menghasilkan bunyi yang lebih baik dan jelas berbanding mono.

Format fail yang biasa disimpan setelah merekod bunyi ialah Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF), Musical Instrument Digital Interface (MIDI, MID dan MFF), Resource Interchange File Format (RIFF), Sound (SND), Wave (WAV), Sun Audio (AU), MPEG Level 3 (MP3), dan Real Audio @ Real Media (RAM dan RA).




PENGERTIAN VIDEO

Tajuk terakhir ialah berkaitan Video, Video sering dikaitkan dalam bentuk gambar dan terdapat juga gabungan audio (bunyi). Ini dapat menarik pemahaman sesuatu mesej kepada khalayaknya. Terdapat dua jenis video iaitu video analog dan video digital.

Saya akan jelaskan satu persatu berkaiatan apa itu video?. Video analog ialah video yang disimpan dalam bentuk isyarat seperti video televisyen, video tape, filem atau media yang tidak menggunakan sistem perkomputeran. setiap bingkainya mempunyai gelombang analog iaitu mempunyai ciri-ciri seperti brightness & contrast, colour dan synchronization. Video analog sangat popular semasa zaman era 90an dan sebelumnya kemunculan teknologi terkini yang menggunakan sistem komputer.

Piawaian yang digunakan bagi Video analog ialah PAL (Phase Alternating Line) dan NTSC (National Television System Committee). Video analog mempunyai kelemahannya tersendiri seperti kualiti gambar yang kurang jelas, ini kerana sering digunakan dan tempoh masa yang lama.

Jenis video kedua ialah, video digital iaitu proses pertukaran daripada video analog kepada digital menggunakan Analogue to Digital Converter (ADC). Video digital mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu kuali gambar yang kekal sepanjang masa dan tiada masalah sekiranya video ini disismpan dalam tempoh yang lama. Ia juga mudah untuk tujuan ubah suai atau proses edit dapat dilaksanakan dengan mudah.

Namun begitu terdapat juga kelemahan video digital ini iaitu, saiz yang terlalu besar iaitu satu saat video digital bersamaan dengan 27 MB, masalah cetak rompak juga semakin berleluasa dan masa yang panjang diperlukan bagi proses pemindahan data video.

Secara kesimpulannya, Apa yang telah saya pelajari dalam subjek Media Integratif ialah gabungan dan kepentingan elemen-elemen multimedia iaitu, teks, grafik, audio, video dan animasi adalah faktor penting bagi menghasilkan sesuatu bentuk mesej seperti iklan, drama dan sebagainya. Contohnya dalam iklan kita dapat lihat kelima-lima elemen multimedia ini apabila digabungkan dapat menghasilkan satu bentuk iklan yang jelas dan lebih menarik.

11 February 2009

JENIS TULISAN YANG MEMBAWA MAKNA KEPADA EMOSI




Jenis tulisan Chiller digunakan dalam menyampaikan mesej ini bagi mendatangkan rasa gerun terhadap bahayanya mengambil dadah.


Jenis tulisan Elephant digunakan untuk menunjukkan ketegasan dalam memberi arahan.





Jenis tulisan Arial Black dapat menyampaikan mesej dengan jelas kerana bentuk tulisan yang tebal dan jelas untuk di baca.


Tulisan French Script MT digunakan bagi menimbulkan rasa sayang dan romantik.



Tulisan andalus digunakan dalam mengungkapkan kata-kata hikmah dan menimbulkan rasa sehingga menusuk ke jiwa mesej yang disampaikannya.


Tulisan Curlz MT digunakan untuk merasakan perasaan gembira dalam menyambut hari kelahiran.

07 February 2009

PENGGUNAAN TULISAN DALAM PENYAMPAIAN MAKLUMAT

Terdapat banyak bentuk tulisan dalam menyampaikan mesej kepada khalayak, walaupun tidak menggunakan grafik, namun mesej menggunakan teks juga dapat di fahami dan di terima umum.

Conto-contoh teks:

28 January 2009

BIDANG-BIDANG YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI TERKINI


PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERNIAGAAN

post yang ke dua ini, saya akan menjelaskan atau memberi sedikit sebanyak input berkaitan teknologi yang di gunakan dalam bidang perniagaan.
Dunia global masa kini menyebabkan segala aktiviti perniagaan khususnya dilakukan secara
online atau menggunakan teknologi yang canggih bagi memudahkan segala urusan jual beli dan sebagainya.

Bagi menjelaskan lebih terperinci tentang teknologi dalam perniagaan, dapat saya jelaskan dari pembacaan saya di Majalah PC berkaitan pandangan dan idea yang telah dikongsi bersama. Dr. Martin Berlin semasa program Venture 2001 bersama wakil panel kumpulan perniagaan Internet Microsoft (Malaysia), e-Niaga Asia Pasific, Intel Electronic, General Atlantic Partsners, TM Multimedia dan McKinsey & Co (Singapura).

Dalam perbincangan tersebut dapat dirumuskan bahawa teknologi yang diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti telekomunikasi, peruncitan, broker saham, kewangan dan sebagainya adalah untuk tujuan kebaikan. Malahan, teknologi akan terus menjadi sebahagian komponen dalam apa juga jenis perniagaan.

Wujudnya transaksi perniagaan menggunakan teknologi, syarikat dapat meningkatkan hasil, mengurangkan kos operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja. Penggunaan teknologi juga dapat mengembangkan capain ke negara lain apabila wujudnya teknologi canggih seperti Internet dan e-dagang.

Secara kesimpulannya, dengan adanya teknolgi, perniagaan dapat berkembang lebih pesat ke seluruh pelusuk dunia dan terdapat juga teknologi yang bakal berpotensi di masa akan datang khususnya dalam kategori aplikasi utama. Antara teknologi yang dijangka menjadi aplikasi penting termasuklah aplikasi tanpa wayar, 3G (Generasi ketiga), pembantu peribadi digital (PDA) dan perkomputeran di rumah.


Sumber : Majalah PC


TAJUK 2: TEKNOLOGI DALAM DUNIA PENERBITAN ANIMASI


Dahulunya sebelum wujudnya teknolgi yang canggih seperti sekarang, tempoh bagi mneyiapka sesebuah animasi mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan walaupun masa tayangan hanya beberapa minit sahaja. Kos penerbitan juga agak tinggi.

Namun sekarang semua itu sudah berubah, dengan adanya teknologi yang canggih banyak animasi yang dapat di lahirkan dengan kualiti yang lebih bermutu. Contohnya, Syarikat terkemuka di Malaysia iaitu Syarikat Les Copaque, telah menggunakan teknologi perkomputeran grid.

Ia hanya menggunakan komputer biasa bagi memproses warna. Penggunaan perkomputeran grid dapat membolehkan proses dilakukan lebih pantas dan hasil bermutu. Perkomputeran grid mampu mengawal kerja "render" selain menyelia hasil yang belum disiapkan. Selain itu Grid PC memiliki pemprosesan tinggi sehingga 32 gigabit (GB) berbanding komputer biasa, 2GB. Prosesn pewarnaan juga dapat disiapkan dalam tempoh tiga hingga empat bulan sahaja.
Perkomputeran grid membantu mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti animasi setanding produksi luar seperti Pixar dan Disney.

Kesimpulannya, komputer grid terjamin kerana ia sentiasa dipantau kakitangan Mimos termasuk menghalang kehadiran virus. Sistem keselamatan biometrik turut di perkenalkan bagi meningkatkan kawalan ke atas data dan mengelak daripada di curi.

Sumber : http://gengmovie.blogspot.com

05 January 2009

Perjalanan hidup ku...

Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ini...Hari ini adalah hari pertama dan bersejarah dalam hidup ini kerana berpeluang mempelajari satu ilmu baru, iaitu penulisan blog.

Tidak pernah terfikir untuk menulis coretan dalam mana-mana blog. Tetapi, alhamdulillah dengan adanya kursus media intergratif, saya berpeluang untuk melontarkan idea-idea yang bernas dan kreatif.

Terima kasih kepada Puan Nurin, kerana memberi peluang kepada pelajar-pelajar kuliahnya menceburi ilmu baru ini bagi yang tidak pernah menulis blog seperti saya. Lebih mudah memperkenalkan diri ini sebelum meneruskan kisah diri ku ini...Nama yang cukup indah diberi oleh orang tua ku, Nurida Safarina Jamaludin, lebih mesra di panggil ida. Di lahirkan di bumi yang cukup bertuah, maju dan makmur serta aman dan damai iaitu Negeri Selangor Darul Ehsan.

Cukup merasa Bangga menjadi warga selangor, iaitu sebuah negeri yang mempunyai pelbagai kaum, adat resam, tempat bersejarah dan pelbagai lagi..jika sesiapa yang mempunyai masa senggang, jemputlah melawat ke negeri saya, selaras dengan misi Malaysia "cuti-cuti Malaysia"॥ atau "Zoom Malaysia".

Tinggal kan sebentar kisah negeri asal ku...Saya mempunyai 8 orang adik beradik, yang paling istimewa saya mempunyai 7 orang adik beradik perempuan dan hanya seorang adik lelaki..orang tua-tua dahulu kata, kalau ramai adik beradik perempuan senang mak ayah.. Betul ke persepsi itu?? fikirkan lah...

Seterusnya, saya dilahirkan pada 20 November 1984, kini sudah berusia 25 tahun..yang paling menarik, saya berkongsi tarikh lahir bersama kakak ke tiga saya iaitu 20 november 1982, lihat!! hanya tahun sahaja yang berbeza, bukan senang nak dapat tarikh yang sama dalam adik beradik seperti itu..Apa-apa pun alhamdulillah, bersyukur kepada Yang Maha Esa..

Masuk pula kisah persekolahan, tahun 1990 berusia 6 tahun dan merupakan pendidikan awal yang saya terima di sekolah tadika Taman Asuhan Sekolah Kanak-kanak Islam (TASKI). Seterusnya, pada tahun 1991-1996 bermula lah era sekolah rendah, lebih banyak rakan-rakan dan lebih banyak kerja sekolah yang perlu dibuat berbanding sekolah tadika yang lebih banyak bermain-main ;-)..

Seterusnya, pada tahun 1997-2001 usia semakin meningkat dan perubahan diri semakin ketara, peringkat remaja sudah menyelusuri diri ku..Selepas menerima keputusan SPM yang tidak seberapa itu, namun saya bertuah kerana diterima menyambung pengajian pada tahun 2002 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang Diploma Komunikasi dan tamat pengajian pada tahun 2005. Selain itu, saya mempunyai pengalaman bekerja dalam industri pelancongan di Dorani Bayu Resort bahagian Front Office.


Awal Jualai 2007, saya di terima menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan kepujian..Besyukur sekali lagi dapat menyambung pengajian di peringkat Ijazah pertama, ini jugalah salah satu cita-cita yang pernah terpahat di hati ini..

Insyaallah hujung tahun 2009 ini tamat lah pengajian saya di UUM, dan mudah-mudahan keluar dari UUM, saya memperolehi pekerjaan yang baik dan dapat membantu keluarga dan membalas jasa orang tua yang telah banyak berkorban sepanjang membesarkan anak-anaknya serta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sepanjang pengajian ini..