05 January 2009

Perjalanan hidup ku...

Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ini...Hari ini adalah hari pertama dan bersejarah dalam hidup ini kerana berpeluang mempelajari satu ilmu baru, iaitu penulisan blog.

Tidak pernah terfikir untuk menulis coretan dalam mana-mana blog. Tetapi, alhamdulillah dengan adanya kursus media intergratif, saya berpeluang untuk melontarkan idea-idea yang bernas dan kreatif.

Terima kasih kepada Puan Nurin, kerana memberi peluang kepada pelajar-pelajar kuliahnya menceburi ilmu baru ini bagi yang tidak pernah menulis blog seperti saya. Lebih mudah memperkenalkan diri ini sebelum meneruskan kisah diri ku ini...Nama yang cukup indah diberi oleh orang tua ku, Nurida Safarina Jamaludin, lebih mesra di panggil ida. Di lahirkan di bumi yang cukup bertuah, maju dan makmur serta aman dan damai iaitu Negeri Selangor Darul Ehsan.

Cukup merasa Bangga menjadi warga selangor, iaitu sebuah negeri yang mempunyai pelbagai kaum, adat resam, tempat bersejarah dan pelbagai lagi..jika sesiapa yang mempunyai masa senggang, jemputlah melawat ke negeri saya, selaras dengan misi Malaysia "cuti-cuti Malaysia"॥ atau "Zoom Malaysia".

Tinggal kan sebentar kisah negeri asal ku...Saya mempunyai 8 orang adik beradik, yang paling istimewa saya mempunyai 7 orang adik beradik perempuan dan hanya seorang adik lelaki..orang tua-tua dahulu kata, kalau ramai adik beradik perempuan senang mak ayah.. Betul ke persepsi itu?? fikirkan lah...

Seterusnya, saya dilahirkan pada 20 November 1984, kini sudah berusia 25 tahun..yang paling menarik, saya berkongsi tarikh lahir bersama kakak ke tiga saya iaitu 20 november 1982, lihat!! hanya tahun sahaja yang berbeza, bukan senang nak dapat tarikh yang sama dalam adik beradik seperti itu..Apa-apa pun alhamdulillah, bersyukur kepada Yang Maha Esa..

Masuk pula kisah persekolahan, tahun 1990 berusia 6 tahun dan merupakan pendidikan awal yang saya terima di sekolah tadika Taman Asuhan Sekolah Kanak-kanak Islam (TASKI). Seterusnya, pada tahun 1991-1996 bermula lah era sekolah rendah, lebih banyak rakan-rakan dan lebih banyak kerja sekolah yang perlu dibuat berbanding sekolah tadika yang lebih banyak bermain-main ;-)..

Seterusnya, pada tahun 1997-2001 usia semakin meningkat dan perubahan diri semakin ketara, peringkat remaja sudah menyelusuri diri ku..Selepas menerima keputusan SPM yang tidak seberapa itu, namun saya bertuah kerana diterima menyambung pengajian pada tahun 2002 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang Diploma Komunikasi dan tamat pengajian pada tahun 2005. Selain itu, saya mempunyai pengalaman bekerja dalam industri pelancongan di Dorani Bayu Resort bahagian Front Office.


Awal Jualai 2007, saya di terima menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan kepujian..Besyukur sekali lagi dapat menyambung pengajian di peringkat Ijazah pertama, ini jugalah salah satu cita-cita yang pernah terpahat di hati ini..

Insyaallah hujung tahun 2009 ini tamat lah pengajian saya di UUM, dan mudah-mudahan keluar dari UUM, saya memperolehi pekerjaan yang baik dan dapat membantu keluarga dan membalas jasa orang tua yang telah banyak berkorban sepanjang membesarkan anak-anaknya serta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sepanjang pengajian ini..

No comments: