31 March 2009

PENGERTIAN GRAFIK, VIDEO DAN AUDIO

Pengertian Grafik.

Grafik menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sesuatu perkara yang berkaitan dengan lukisan atau ukiran.
Dalam mempelajari subjek media integratif elemen grafik sangat penting. ini kerana ia berfungsi bagi memberi maksud atau menyampaikan maklumat dalam bentuk gambar, lukisan klip dan lukisan garisan.

Grafik juga dapat membantu dalam menambah kefahaman bagi sesuatu mesej yang menggunakan teks, apabila teks dan grafik bergabung dalam penyampaian mesej akan menjadi lebih jelas lagi.

Grafik juga terdapat dua jenis iaitu imej Vektor dan Bitmap. Imej Vektor ialah objek yang terbentuk hasil daripada kaedah bagaimana objek itu dibentuk atau dilukis. ia juga mudah untuk diubahsuai dan dimanipulasikan. ia juga tidak memerluka ruang storan yang besar untuk menyimpan imej vektor ini ke dalam fail.

Contoh imej vektor:





Seterusnya, imej Bitmap ialah hasil daripada pembentukan jumlah pixel-pixel yang disusun dalam matrik mudah, manakala setiap satu set bit-bit menyatakan warna dan keamatannya.

Apabila resolusi imej Bitmap sangat tinggi maka saiz failnya juga akan bertambah besar. Imej Bitmap ini juga mempunyai kelebihan tersendiri iaitu mampu menyimpan sejumlah besar maklumat mengenai imej tersebut, warna juga boleh ditukar pada setiap pixel yang ada pada imej Bitmap. Namun terdapat juga kekurangan pada imej Bitmap iaitu, semasa proses pengecilan atau pembesaran saiz gambar akan menjadi kabur, bergerigi, dan tidak menarik.

Contoh imej Bitmap:





Secara kesimpulannya, grafik sangat penting dalam menambah kefaham mesej yang cuba di sampaikan kepada khalayak ia juga dapat menarik perhatian pengguna dalam sesuatu maklumat yang di sampaikan kepada mereka.



PENGERTIAN AUDIO

Seterusnya saya ingin menjelaskan tentang apa itu audio. Apa yang saya faham sepanjang pembelajaran yang saya terima semasa kuliah dijalankan, audio ialah satu sistem yang dapat menghasilkan bunyi, daripada analog kepada digital.

Apa yang dikatakan analog ialah bunyi yang ingin direkodkan menggunakan mikrofon dan akan ditukar menjadi digital setelah direkodkan menggunakan beberapa jenis "software". Semasa proses merekod bunyi perlu menekankan beberapa aspek penting bagi menghasilkan bunyi yang sesuai dan sedap dengan penggunaan yang sesuai.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira untuk memastikan kualiti bunyi yang baik ialah kadar sampel (sample rate) di mana semakin tinggi kadar sampel itu, maka semakin tinggi kualiti audio itu. Kebiasaannya kadar sampel diukur dalam unit Hertz (Hz).

Faktor kedua ialah, saiz sampel iaitu berkaitan dengan bilangan bit yang digunakan bagi menyimpan maklumat mengenai audio itu. Terdapat dua jenis sampel yang digunakan iaitu 8 bit atau 16 bit. Audio yang dirakamkan menggunakan saiz 16 bit lebih jelas berbanding saiz 8 bit.

Faktor ketiga ialah, saluran yang digunakan juga perlu dititik beratkan supaya hasil bunyi yang lebih berkualiti. Terdapat dua jenis saluran iaitu saluran 1 dikenali sebagai mono dan saluran 2 dikenali sebagai stereo. Saluran stereo akan menghasilkan bunyi yang lebih baik dan jelas berbanding mono.

Format fail yang biasa disimpan setelah merekod bunyi ialah Audio Interchange File Format (AIFF dan AIF), Musical Instrument Digital Interface (MIDI, MID dan MFF), Resource Interchange File Format (RIFF), Sound (SND), Wave (WAV), Sun Audio (AU), MPEG Level 3 (MP3), dan Real Audio @ Real Media (RAM dan RA).




PENGERTIAN VIDEO

Tajuk terakhir ialah berkaitan Video, Video sering dikaitkan dalam bentuk gambar dan terdapat juga gabungan audio (bunyi). Ini dapat menarik pemahaman sesuatu mesej kepada khalayaknya. Terdapat dua jenis video iaitu video analog dan video digital.

Saya akan jelaskan satu persatu berkaiatan apa itu video?. Video analog ialah video yang disimpan dalam bentuk isyarat seperti video televisyen, video tape, filem atau media yang tidak menggunakan sistem perkomputeran. setiap bingkainya mempunyai gelombang analog iaitu mempunyai ciri-ciri seperti brightness & contrast, colour dan synchronization. Video analog sangat popular semasa zaman era 90an dan sebelumnya kemunculan teknologi terkini yang menggunakan sistem komputer.

Piawaian yang digunakan bagi Video analog ialah PAL (Phase Alternating Line) dan NTSC (National Television System Committee). Video analog mempunyai kelemahannya tersendiri seperti kualiti gambar yang kurang jelas, ini kerana sering digunakan dan tempoh masa yang lama.

Jenis video kedua ialah, video digital iaitu proses pertukaran daripada video analog kepada digital menggunakan Analogue to Digital Converter (ADC). Video digital mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu kuali gambar yang kekal sepanjang masa dan tiada masalah sekiranya video ini disismpan dalam tempoh yang lama. Ia juga mudah untuk tujuan ubah suai atau proses edit dapat dilaksanakan dengan mudah.

Namun begitu terdapat juga kelemahan video digital ini iaitu, saiz yang terlalu besar iaitu satu saat video digital bersamaan dengan 27 MB, masalah cetak rompak juga semakin berleluasa dan masa yang panjang diperlukan bagi proses pemindahan data video.

Secara kesimpulannya, Apa yang telah saya pelajari dalam subjek Media Integratif ialah gabungan dan kepentingan elemen-elemen multimedia iaitu, teks, grafik, audio, video dan animasi adalah faktor penting bagi menghasilkan sesuatu bentuk mesej seperti iklan, drama dan sebagainya. Contohnya dalam iklan kita dapat lihat kelima-lima elemen multimedia ini apabila digabungkan dapat menghasilkan satu bentuk iklan yang jelas dan lebih menarik.