07 February 2009

PENGGUNAAN TULISAN DALAM PENYAMPAIAN MAKLUMAT

Terdapat banyak bentuk tulisan dalam menyampaikan mesej kepada khalayak, walaupun tidak menggunakan grafik, namun mesej menggunakan teks juga dapat di fahami dan di terima umum.

Conto-contoh teks:

28 January 2009

BIDANG-BIDANG YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI TERKINI


PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PERNIAGAAN

post yang ke dua ini, saya akan menjelaskan atau memberi sedikit sebanyak input berkaitan teknologi yang di gunakan dalam bidang perniagaan.
Dunia global masa kini menyebabkan segala aktiviti perniagaan khususnya dilakukan secara
online atau menggunakan teknologi yang canggih bagi memudahkan segala urusan jual beli dan sebagainya.

Bagi menjelaskan lebih terperinci tentang teknologi dalam perniagaan, dapat saya jelaskan dari pembacaan saya di Majalah PC berkaitan pandangan dan idea yang telah dikongsi bersama. Dr. Martin Berlin semasa program Venture 2001 bersama wakil panel kumpulan perniagaan Internet Microsoft (Malaysia), e-Niaga Asia Pasific, Intel Electronic, General Atlantic Partsners, TM Multimedia dan McKinsey & Co (Singapura).

Dalam perbincangan tersebut dapat dirumuskan bahawa teknologi yang diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti telekomunikasi, peruncitan, broker saham, kewangan dan sebagainya adalah untuk tujuan kebaikan. Malahan, teknologi akan terus menjadi sebahagian komponen dalam apa juga jenis perniagaan.

Wujudnya transaksi perniagaan menggunakan teknologi, syarikat dapat meningkatkan hasil, mengurangkan kos operasi, meningkatkan kepuasan pelanggan, rakan kongsi dan pekerja. Penggunaan teknologi juga dapat mengembangkan capain ke negara lain apabila wujudnya teknologi canggih seperti Internet dan e-dagang.

Secara kesimpulannya, dengan adanya teknolgi, perniagaan dapat berkembang lebih pesat ke seluruh pelusuk dunia dan terdapat juga teknologi yang bakal berpotensi di masa akan datang khususnya dalam kategori aplikasi utama. Antara teknologi yang dijangka menjadi aplikasi penting termasuklah aplikasi tanpa wayar, 3G (Generasi ketiga), pembantu peribadi digital (PDA) dan perkomputeran di rumah.


Sumber : Majalah PC


TAJUK 2: TEKNOLOGI DALAM DUNIA PENERBITAN ANIMASI


Dahulunya sebelum wujudnya teknolgi yang canggih seperti sekarang, tempoh bagi mneyiapka sesebuah animasi mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan walaupun masa tayangan hanya beberapa minit sahaja. Kos penerbitan juga agak tinggi.

Namun sekarang semua itu sudah berubah, dengan adanya teknologi yang canggih banyak animasi yang dapat di lahirkan dengan kualiti yang lebih bermutu. Contohnya, Syarikat terkemuka di Malaysia iaitu Syarikat Les Copaque, telah menggunakan teknologi perkomputeran grid.

Ia hanya menggunakan komputer biasa bagi memproses warna. Penggunaan perkomputeran grid dapat membolehkan proses dilakukan lebih pantas dan hasil bermutu. Perkomputeran grid mampu mengawal kerja "render" selain menyelia hasil yang belum disiapkan. Selain itu Grid PC memiliki pemprosesan tinggi sehingga 32 gigabit (GB) berbanding komputer biasa, 2GB. Prosesn pewarnaan juga dapat disiapkan dalam tempoh tiga hingga empat bulan sahaja.
Perkomputeran grid membantu mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti animasi setanding produksi luar seperti Pixar dan Disney.

Kesimpulannya, komputer grid terjamin kerana ia sentiasa dipantau kakitangan Mimos termasuk menghalang kehadiran virus. Sistem keselamatan biometrik turut di perkenalkan bagi meningkatkan kawalan ke atas data dan mengelak daripada di curi.

Sumber : http://gengmovie.blogspot.com

05 January 2009

Perjalanan hidup ku...

Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca blog ini...Hari ini adalah hari pertama dan bersejarah dalam hidup ini kerana berpeluang mempelajari satu ilmu baru, iaitu penulisan blog.

Tidak pernah terfikir untuk menulis coretan dalam mana-mana blog. Tetapi, alhamdulillah dengan adanya kursus media intergratif, saya berpeluang untuk melontarkan idea-idea yang bernas dan kreatif.

Terima kasih kepada Puan Nurin, kerana memberi peluang kepada pelajar-pelajar kuliahnya menceburi ilmu baru ini bagi yang tidak pernah menulis blog seperti saya. Lebih mudah memperkenalkan diri ini sebelum meneruskan kisah diri ku ini...Nama yang cukup indah diberi oleh orang tua ku, Nurida Safarina Jamaludin, lebih mesra di panggil ida. Di lahirkan di bumi yang cukup bertuah, maju dan makmur serta aman dan damai iaitu Negeri Selangor Darul Ehsan.

Cukup merasa Bangga menjadi warga selangor, iaitu sebuah negeri yang mempunyai pelbagai kaum, adat resam, tempat bersejarah dan pelbagai lagi..jika sesiapa yang mempunyai masa senggang, jemputlah melawat ke negeri saya, selaras dengan misi Malaysia "cuti-cuti Malaysia"॥ atau "Zoom Malaysia".

Tinggal kan sebentar kisah negeri asal ku...Saya mempunyai 8 orang adik beradik, yang paling istimewa saya mempunyai 7 orang adik beradik perempuan dan hanya seorang adik lelaki..orang tua-tua dahulu kata, kalau ramai adik beradik perempuan senang mak ayah.. Betul ke persepsi itu?? fikirkan lah...

Seterusnya, saya dilahirkan pada 20 November 1984, kini sudah berusia 25 tahun..yang paling menarik, saya berkongsi tarikh lahir bersama kakak ke tiga saya iaitu 20 november 1982, lihat!! hanya tahun sahaja yang berbeza, bukan senang nak dapat tarikh yang sama dalam adik beradik seperti itu..Apa-apa pun alhamdulillah, bersyukur kepada Yang Maha Esa..

Masuk pula kisah persekolahan, tahun 1990 berusia 6 tahun dan merupakan pendidikan awal yang saya terima di sekolah tadika Taman Asuhan Sekolah Kanak-kanak Islam (TASKI). Seterusnya, pada tahun 1991-1996 bermula lah era sekolah rendah, lebih banyak rakan-rakan dan lebih banyak kerja sekolah yang perlu dibuat berbanding sekolah tadika yang lebih banyak bermain-main ;-)..

Seterusnya, pada tahun 1997-2001 usia semakin meningkat dan perubahan diri semakin ketara, peringkat remaja sudah menyelusuri diri ku..Selepas menerima keputusan SPM yang tidak seberapa itu, namun saya bertuah kerana diterima menyambung pengajian pada tahun 2002 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang Diploma Komunikasi dan tamat pengajian pada tahun 2005. Selain itu, saya mempunyai pengalaman bekerja dalam industri pelancongan di Dorani Bayu Resort bahagian Front Office.


Awal Jualai 2007, saya di terima menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan kepujian..Besyukur sekali lagi dapat menyambung pengajian di peringkat Ijazah pertama, ini jugalah salah satu cita-cita yang pernah terpahat di hati ini..

Insyaallah hujung tahun 2009 ini tamat lah pengajian saya di UUM, dan mudah-mudahan keluar dari UUM, saya memperolehi pekerjaan yang baik dan dapat membantu keluarga dan membalas jasa orang tua yang telah banyak berkorban sepanjang membesarkan anak-anaknya serta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sepanjang pengajian ini..