hari ni kita berkongsi petua bagi masalah-masalah yang berkaitan.
1- Cara atasi kuku mencengkam
![]() |
Limau Nipis |
mudah saja caranya, anda hanya perlu memotong sedikit di bahagian atas buah limau tersebut dan bakar di atas api perlahan hingga kelihatan kekuning-kuningan dan biarkan buah limau suam-suam kuku. Seterusnya masukkan buah limau yg sudah dibakar itu ke dalam ibu jari kaki dan biarkan beberapa minit dan cengkaman dan nanah akan beransur pulih dalam beberapa hari.
2-Rawatan untuk hidung bayi tersumbat/ selsema
![]() |
kunyit hidup |
sila gunakan kunyit hidup bukan serbuk kunyit segera tu ye!caranya tumbuk lumat kunyit hidup tersebut dan perahkan di atas permukaan batang hidung bayi tersebut, ini kerana kunyit hidup dapat memberi kelancaran mukus untuk cair dan mudah keluar, ulangi cara yang sama sekiranya bayi masih menunjukkan reaksi tidak selesa dan sukar untuk bernafas lakukan kaedah yang sama berulang kali.
3-Merawat kulit kepala yang gatal
![]() |
daun pudina |
ambil segenggam daun pudina lalu dibersihkan dan dikisar. Selepas itu lumurkan ke kepala terutama kulit kepala hingga rata, bungkus kepala selama satu jam dan selepas itu bilas dengan air bersih. lakukan kaedah yang sama sebanyak dua kali seminggu...
4-Buang angin dari badan
![]() |
Bawang putih |
ambil seulas bawang putih bersaiz sedang lalu makan mentah-mentah, badan anda akan rasa hangat dan angin akan keluar serta rasa mual dan pening kepala akan berakhir.
5- Cara memutihkan gigi
![]() |
Garam halus |
cara nya mudah sahaja, anda hanya perlu taburkan sedikit garam halus di atas ubat gigi yang berada di berus gigi anda dan gosok sahaja, lakukan setiap pagi. Ia juga dapat menghindarkan daripada mulut berbau dan masalah sakit gigi dan mulut.
6-Ubati sakit cirit-birit
![]() |
Teh |
bancuh teh bersama air suam tanpa memasukkan gula, biarkan rasa pahit atau kelat sedikit dan sebelum minum baca lah selawat dulu InsyaAllah cirit birit akan berhenti dan lega
No comments:
Post a Comment