27 September 2012

Dunia Hospitaliti

haaa..tajuk Dunia Hospitaliti ye bukan Hospital....bunyi bila disebut dah mungkin nak sama tapi seratus peratus nak ditekankan kat sini ianya berbeza ye... don't miss understood hokeyy... hari ni SB nak kongsi maklumat fakta dan pengalaman sepanjang SB bekerja dan menjawat jawatan Marketing kat SINI atas pemerhatian dan pengalaman yang SB dapat akan di ceritakan dalam entry ni..apa yang sepatutnya kita ketahui dan perlu juga ambil tahu..sekurang-kurangnya kita tak la lost sgt dengan dunia sekeliling kita kan??...

pertama sekali SB nak identify department yang terlibat di dalam dunia hospitaliti ni...ohhh..sebelum terlupa secara ilmiah Hospitalili merujuk kepada dunia pelancongan yang menyediakan kemudahan penginapan, makan dan sebarang aktiviti riadah (World Tourism Organisation (WTO) pelancongan adalah aktiviti pengembaraan seseorang individu ke satu tempat keluar daripada persekitaran asalnya dan menetap di situ tidak lebih daripada setahun bagi tujuan berehat, perniagaan dan sebagainya. refer to here )

ok, dah faham apa tu hospitaliti....sekarang meh kita lihat bahagian2 yg terlibat dalam membantu dalam dunia pelancongan ni....

Front Office

Front Office/ Front Liner
kebiasaanya mereka adalah orang pertama yang akan kita jumpa ini kerana lokasi mereka berada di pintu masuk utama setiap penginapan hotel mahupun resort. Tugas mereka menguruskan proses check in dan check out penginap. Selebihnya, tugas mereka membantu pelanggan yang menginginkan maklumat kemudahan atau pakej yang disediakan sebelum merujuk ke bahagian berkenaan. Oleh itu, sebagai front office mereka perlu tahu dan peka apa yang berlaku dan terdapat di dalam sebuah hotel yang mereka bekerja, ini bagi melancarkan proses memberi maklumat yang tepat kepada pelanggan yang datang.


Housekeeping


housekeeping ni tugasnya mengemas dan membersihkan bilik penginapan yang telah digunakan oleh penginapan. Di mana, selepas penginap check out. Housekeeping akan menerima arahan untuk pembersihan penginapan merujuk no. bilik melalui bahagian front office. Di sini hubungkait antara mereka sangat diperlukan bagi melancarkan setiap tugasan yang dilakukan.

Bartender/ Coffee House

small bartender
Bartender berfungsi seperti mini coffee house, di mana mungkin ada pengunjung yang ingin rehat secara santai dengan adanya makanan ringan sahaja. Kebiasaanya tempatnya tidak terlalu besar dan menu yang ditawarkan juga agak terhad dan lebih kepada appetizer atau dessert .

BellBoy


tugas bellboy kebiasaanya mereka akan menyambut kehadiran pelanggan dan membantu membawa luggage   (bagasi) pelanggan @ tetamu menggunakan troli khas hingga ke bilik penginap. Perkhidmatan Bellboy tidak semua resort atau hotel menyediakan perkhidmatan ini, tetapi hotel bertaraf bintang sudah semestinya ada menyediakan perkhidmatan Bellboy.

ini SB terangkan sebahagian department yang terlibat dalam dunia perhotelan, masa akan datang SB akan sambung lagi lain-lain department yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...




:: nantikan sambungan entry ni ya... ::


No comments: